Friday, June 1, 2012

Memory :')


Jumaat,3.05 pm baru saja balik dari interview untuk opm assignment.Sekarang sepatutnya kena study untuk qmt test,buat assignment opm,buat assignment fin.Banyak sebenarnya kerja nak buat,tapi dari sehari ke sehari tangguh tangguh dan tangguh.Dan akhirnya buat last minute.Style kat Segamat tak pernah nak buang.Okay pasal Segamat,tengah tengok tengok gambar lama,ternampak gambar masa kat Pasir Balai dulu.Pasir Balai nama kawasan rumah sewa masa kat Segamat dulu,yang mulanya kitorang tak tau pun apa nama kawasan dekat situ sampailah pakcik bas kuning yang bagitau.Kadang kadang rindu sebenarnya nak duduk ramai ramai satu rumah macam dulu , nak masak sama sama,tengok tv ramai ramai,banyak main dari study.Masam muka,bertengkar bahan membahan itu perkara biasa lah kan,lumrah manusia.Seronok sebenarnya sebab kitorang satu bacth,satu kos.pegi kelas sama sama,balik pun sama sama.Takde niat pun sebenarnya nak buat video ni,tengok banyak sangat gambar gambar lama ni,gambar konvo lagi.Kumpul banyak banyak tiba tiba nak buat satu video.Untuk kawan Pasir Balai's tengok tengok lah video ni.

Tuesday, May 29, 2012

Convocation.

20 May 2012.
Hari bersejarah,
Hari penuh kenangan,
Hari yang diraikan,
Hari yang dinantikan,
Usaha,titik peluh selama 3 tahun setengah membuahkan hasil.
Alhamdulillah.
Sokongan,dorongan dari keluarga,pensyarah,kawan banyak membantu,
Tertunai sudah janji pada diri,yang akan genggam sijil Diploma,
Alhamdulillah,
Terbayar rasanya segala susah payah menggali ilmu,
Rasa puas saat lihat wajah ayah,mama tersenyum girang,
Alhamdulillah,Diploma Perakaunan.
InsyaAllah,dua tahun lagi Ijazah Sarjana Ekonomi Perniagaan pula.